Skop Tugas Pembantu Tadbir Kewangan W19 ( NEW )

tugas pembantu tadbir kewangan

Tugas Pembantu Tadbir Kewangan. Mesti Ramai yang dapat panggilan untuk exam pembantu tadbir kewangan w 19 ni kan. Atau mungkin anda sedang mencari maklumat untuk jawatan ini. Apa pun tujuan anda, saya ucapkan tahniah kerana kesungguhan anda mencari info yang tepat untuk masa depan anda.

tugas pembantu tadbir kewangan

Baik.
Setiap pekerjaan ada dia punya skop tugas yang tersendiri.

Jom baca bidang tugas pembantu tadbir kewangan w19 yang terbaru ini.

Ini skop Tugas Pembantu Tadbir Kewangan W19 yang anda perlu tahu!

Bertanggungjawab ke atas tugas-tugas kewangan sepenuh masa dengan membantu pihak pengurusan / penyelia dalam urusan-urusan berikut :

* menyedia dan mengemaskini belanjawan tahunan.
* mengurus dan mengawal peruntukan.
* menyelenggara rekod dan menyediakan laporan perbelanjaan.
* mengurus, menyelenggara dan memantau semua jenis panjar.
* mengurus, merekod dan mengambil tindakan susulan berhubung dengan pendahuluan diri, pendahuluan pelbagai, pinjaman komputer dan pinjaman kenderaan.

Ingat ya! Bidang tugas pembantu tadbir kewangan w19 ini amat penting untuk anda faham dan hadamkan. Kalau tidak anda mungkin terjerat dalam soalan yang ditanya kepada anda.

Secara Umumnya Pembantu Tadbir (Kewangan) atau lebih dikenali sebagai PT Kew akan dibahagi-bahagikan tugas masing-masing mengikut keperluan Jabatan atau arahan dari ketua Jabatan.

– Gaji.

– menguruskan gaji pengawai, kemasukan pengawai baru, penamatan gaji, kenaikan gaji tahunan, naik pangkat, pemotongan gaji dan apa-apa saja perubahan yang melibat gaji.

pembantu tadbir kewangan

– Hasil .

menguruskan hasil kerajaan. ( Contoh hasil kerajaan : bayaran bil hospital, lesen, saman, cukai jalan dll )

– Pembayaran

1) menguruskan semua jenis tuntutan daripada pengawai seperti tuntutan perjalanan dan bil-bil utiliti.
2) menguruskan bayaran bagi bekalan dan perkhidmatan seperti sewaan bangunan, mesin fotostat, security, pembelian stok alat tulis dan sebagainya.

– Perolehan.

1) menguruskan pembelian bekalan dan perkhidmatan melalui sistem ePerolehan.
2) menempah tiket kapal terbang bagi pengawai yang menggunakan waran perjalanan udara.
3) menguruskan sebut harga kerja-kerja dan perkhidmatan.

– Akaun.

menyediakan laporan-laporan kewangan. (Contohnya : Penyata penyesuaian, laporan-laporan bil, laporan kedudukan peruntukan dan laporan-laporan lain yang berkaitan).

 

BONUS BAGI ANDA YANG NAK HADIRI TEMUDUGA Pembantu Tadbir Kewangan w19 INI !

Anda perlu buat ulang kaji berkaitan dengan

–  Tender.
– sebut harga.
– panjar.
– Senarai nama Menteri-Menteri.
– Soalan yang berkaitan Integriti
– Isu-Isu semasa.

tugas pembantu tadbir kewangan

Anda Calon Peperiksaan Online Pembantu tadbir kewangan w19 ini? Kalau ya, anda mesti nak rujukan yang boleh bantu anda berjaya kan. Dapatkan SEPANTAS KILAT di Sini (klik).

Semoga perkongsian kali ini mengenai Tugas Pembantu Tadbir Kewangan w19 ini dapat membantu anda semua dalam urusan temuduga dan juga sesi peperiksaan online nanti.

 

p/s : Sebarang pertanyaan, anda boleh terus PM admin di page ini ya – Temuduga SPA8I .
0 0 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments