Tugas Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S41

tugas pegawai pembangunan masyarakat

Tugas Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S41. Adakah anda salah seorang yang akan memohon jawatan ini? Kalau ya, pasti anda betul-betul berminat mengenai skop kerja bagi jawatan pegawai pembangunan masyarakat ini.

Sebelum jawatan ini menjadi milik anda, anda perlu melalui beberapa proses penapisan antaranya adalah melalui ujian online dan sesi temuduga terlebih dahulu. Persoalannya, adakah anda sudah bersedia?

Kali ini kami akan kongsikan kepada anda Tugas Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S41 yang anda perlu tahu. Bidang tugas merupakan skop penting untuk setiap calon hadamkan sebelum menyertai sesi temuduga mahupun ujian online.

tugas pegawai pembangunan masyarakat

SYARAT LANTIKAN :
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

(c) (i) ijazah sarjana muda dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred S41 : RM2,078.00); atau

(ii) ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred S41 : RM2,281.86)

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU

2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

 

SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN
3. Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

(a)
(i) mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); atau
(ii) lulus Peperiksaan Khas; dan
(b) had umur pelantikan:

-berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
-berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
-berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

Tugas Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S41

DESKRIPSI TUGAS :
Melaksanakan dasar, urusan pentadbiran di peringkat Jabatan dan naziran pelaksanaan program-program latihan yang telah dirancang oleh Kementerian.

Kalau anda merupakan calon peperiksaan online pegawai pembangunan Masyarakat, kami nak kongsikan rujukan cepat, pantas dan menjimatkan untuk anda yang betul-betul nak berjaya.

Tugas Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S41

RUJUKAN Tugas Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S41 YANG TERHAD KEPADA YANG CEPAT SAHAJA.

Rujukan ini merangkumi contoh soalan untuk setiap seksyen yang akan ditanya di dalam peperiksaan ini. Bagi yang berminat, boleh dapatkan di pautan di bawah ini.

[ + ]  Rujukan Exam pegawai pembangunan masyarakat.

Kalau lambat anda akan terlepas.

Rugi.

( sebarang masaalah boleh pm admin di page – https://www.facebook.com/Temudugaspa8i/ )

Kami ucapkan semoga berjaya buat anda sama ada akan menghadiri temuduga ataupun mengambil peperiksaan online tidak lama lagi. Teruskan usah dan jangan putus asa. Semoga perkongsian kami mengenai Tugas Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S41 ini membantu anda dalam sesi exam online atau pun temuduga.

Semoga Berjaya!

Leave a Reply

avatar
  Subscribe  
Notify of