Soalan Contoh Peperiksaaan Pegawai Tadbir N41 Perak 2019

Soalan Contoh Peperiksaaan Pegawai Tadbir N41 Perak 2019. Dengar cerita ada exam khas untuk pegawai tadbir n41 Negeri Perak. Betul ke? Jawapannya betullah. Jika anda salah seorang calon yang dipanggil, tahniah kami ucapkan kepada anda.

Bukan mudah untuk dipanggil ke sesi ini kerana tempat yang terhad dan jawatan pegawai tadbir ni pun memang ‘HOT SEAT ‘ dalam kalangan calon-calon yang memohon.

Oleh sebab itu, kami nasihatkan anda buat persedian lengkap dan rapi supaya tidak kecundang pada tangan calon-calon lain.

 

n41 pegwai tadbir perak

Semakan Kelayakkan Mengambil ujian pegawai tadbir n41 ini boleh dibuat menerusi pautan di bawah ini ya.

Pautan 1 : Semakan N41 Perak.

Soalan Contoh Ujian N41 Perak 2019

Oleh sebab ramai calon yang tanya kami mengenai contoh soalan, Jadi kami kongsikan dengan anda dibawah ini.

Format Peperiksaan Pegawai Tadbir N41

BAHAGIAN

●A : PENGETAHUAN AM

●B : DAYA MENYELESAIKAN MASALAH

● C : BAHASA INGGERIS

Contoh Soalan Exam Online Pegawai Tadbir N41

Berikut adalah contoh soalan pengetahuan am dan daya menyelesaikan masalah Pegawai Tadbir Gred N41 seperti di bawah ;

Seksyen A : Pengetahuam Am

Dalam seksyen ini soalan-soalan yang dikemukakan adalah berkenaan perkara berkaitan dengan politik, sosial, hal ehwal semasa, sains teknologi, ekonomi, perdagangan, sukan dan lain-lain lagi.

Masa : 40 minit
Soalan : 50 soalan aneka pilihan

1. Ketua dalam bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat Kementerian Dalam Negeri (KDN) ialah
A. Setiausaha Bahagian Gred Khas C
B. Timbalan Setiausaha Bahagian Gred F54
C. Timbalan Setiausaha Bahagian Gred F52
D. Ketua Penolong Setiausaha Gred F48

2. Namakan mantan Perdana Menteri yang mengasaskan Transformasi Pembangunan
Luar Bandar Pertama pada tahun 1957.
A. Tunku Abdul Rahman
B. Tun Abdul Razak
C. Tun Hussein Onn
D. Tun Dr. Mahathir

 

contoh soalan pegawai tadbir perak

 

3. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menjalinkan kerjasama dengan
Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk urusan di peringkat antarabangsa melalui
agensi di bawahnya TIDAK TERMASUK

A. United Nations Office on Drugs and Crime (UNODC)
B. United Nations High Commissioner on Refugees (UNHCR)
C. Gagasan Malaysia, Filipina dan Indonesia (MAPHILINDO)
D. Office of the High Commissioner for Human Rights (OHCHR)

4. Perdana Menteri perlu merujuk kepada satu pihak sebelum membuat lantikan
Hakim Besar. Siapakah pihak tersebut?

A. Ketua Menteri Sabah
B. Ketua Menteri Sarawak
C. Ketua Hakim Negara
D. Hakim-Hakim Besar

5. Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) menyelia agensi dan
jabatan kerajaan di bawah KECUALI

A. Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS)
B. Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA)
C. Lembaga Tabung Haji
D. Majlis Amanah Rakyat (MARA)

Seksyen B : Daya Menyelesaikan Masalah

Dalam Seksyen B berkisarkan soalan mengukur daya menyelesaikan masalah calon dan soalan matematik. Soalan matematik yang ditanya merangkumi standard SPM sahaja.

Masa : 50 Minit
Soalan : 40 soalan aneka pilihan

I. Kemahiran Menggunakan Logik

n41 perak

II. Kemahiran Menginterpretasi Data

1. Carta berikut menunjukkan bilangan pelancong tempatan dan luar negara yang melawat ke Zoo Negara dari bulan Januari hingga Mac.

 

Pada bulan April , bilangan pelancong luar negara telah menurun sebanyak 40 peratus manakala bialngan pelancong tempatan adalah 1/3 berbanding bulan sebelumnya.

Hitung jumlah perbezaan antara pelancong tempatan dan pelancong luar negara yang datang melawat ke Zoo Negara bagi bulan April.

A. 20 orang C. 60 orang
B. 40 orang D. 80 orang

Jawapan : B

Teknik menjawab soalan

Pelancong luar negara:
40/100% x 400 = 160
400 – 160 = 240

Pelancong tempatan :
1/3 x 600 = 200

Beza pelancong Bulan April :
240 – 200 = 40

III. Konsep Matematik

 

PERINGATAN : Contoh-contoh soalan yang dikongsikan oleh pihak kami hanyalah sekadar contoh dan gambaran sahaja, tidak mempuyai kaitan soalan ramalan atau bocor soalan.

Rujukan Tambahan Untuk Calon

Memandangkan contoh soalan yang kami kongsikan ini tidak cukup untuk anda, jadi kami kongsikan juga rujukan tambahan yang sangat membantu calon-calon sebelum ini. Ramai yang berjaya dengan menggunakan rujukan ini.

Bagi yang berminat nak rujukan tambahan, boleh dapatkan menerusi pautan di bawah.

rujukan n41

 

Link >>  Contoh Soalan N41 Perak.

Akhir sekali, kami ucapkan semoga berjaya kepada anda untuk peperiksaan n41 ini. Selagi ada masa, usahalah ya. Jangan putus asa. Ini untuk masa depan anda. Semoga berjaya !

 

0 0 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments