Bidang Tugas Penolong Pegawai Penguatkuasa Gred KP29

Bidang Tugas Penolong Pegawai Penguatkuasa Gred KP29

Bidang Tugas Penolong Pegawai Penguatkuasa Gred KP29. Assalamualaikum semua, seronok dapat jumpa kalian di dalam posting kali ini. Baik untuk jawatan kerja kosong ini melibatkan Jawatan penolong pegawai penguatkuasa kp 29. sebelum itu, anda boleh dapatkan info penting cara mohon icitra 2021 ya jika anda memerlukan. Adakah anda salah seorang daripada calon untuk jawatan ini? kalau ya, tahniah kami ucapkan dekat anda. Untuk pengetahuan, pihak SPA baru saja mengeluarkan tarikh peperiksaan online untuk jawatan ini (kementerian Pertanian) yang akan berlangsung pada 3 Ogos 2021 ini. Anda sudah bersedia untuk mengambil peperiksaan tersebut? Berikut kami kongsikan tugas-tugas penolong pegawai penguatkuasa gred kp 29 untuk anda.

 

Bidang Tugas Penolong Pegawai Penguatkuasa Gred KP29

Bidang Tugas Penolong Pegawai Penguatkuasa Gred KP29

Untuk pemahaman anda, jawatan ini dibahagikan kepada beberapa kementerian. Pastikan anda mengetahui tugas anda mengikut kementerian yang anda pohon ya.

Kementerian Dalam Negeri
Membuat pemeriksaan ke atas premis-premis yang menjalankan aktiviti menyewa, menjual atau mengedar filem di bawah Akta Filem (Penapisan) 1952 (Pindaan 1980), menjalankan siasatan kes-kes rampasan dan menjalankan tugas-tugas pendakwaan di Mahkamah.

Kementerian Pengangkutan
Menjalankan tugas-tugas operasi dan penguatkuasaan, pendakwaan mahkamah, perlesenan dan ujian memandu serta pendaftaran kenderaan.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
Menjalankan pemeriksaan ke atas premis-premis perniagaan bagi menguatkuasakan undang-undang di bawah akta-akta berkaitan, memproses permohonan lesen barang-barang berjadual dan menjalankan tugas-tugas penyerahan/penentuan Akta-akta Timbang dan Sukat.

Kementerian Pertanian (Jabatan Perkhidmatan Haiwan)
Bertanggungjawab membantu mengurus Pentadbiran am dan Kewangan Bahagian/ Cawangan Penguat Kuasa Negeri, menjalankan pemeriksaan perisikan, serbuan dan kes-kes pendakwaan mahkamah.

Bidang tugas juga sangat penting dalam peperiksaan online dan juga sesi temuduga nanti. Pastikan anda study betul-betul sebagai persedian untuk anda ya.

Tak lama lagi akan dikeluarkan rujukan untuk peperiksaan online  Penolong Pegawai Penguatkuasa Gred KP29 bagi kementerian pertanian, pastikan anda join group telegram kami untuk dapatkan rujukan yang akan keluar tidak lama lagi.

Rujukan ini mengandungi soalan latihan dan juga jawapan untuk anda belajar supaya anda dapat berjaya dengan jayanya seperti calon-calon sebelum ini. Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan rujukan itu ya.

Jom join group telegram di bawah ini ya.

0 0 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments