Skop Tugas

KP19, Pembantu Penguat Kuasa Untuk Anda

Assalaumualaikum, Anda adalah calon Pembantu Penguat Kuasa Gred KP19 yang akan berlangsung pada 15 Oktober 2021 dan 21 Oktober 2021 ini? Kalau Ya, selamat menduduki peperiksaan online itu ya.

Dah bersedia ke belum?

Kami dari temudugaspa8i ingin mengucapkan tahniah atas kejayaan anda layak untuk mengambil peperiksaan online ini. Kami nak kejutkan anda mengenai jumlah calon untuk peperiksaan ini sangat ramai. Saingan anda bukan mudah tau. Mereka akan bersama dengan anda bagi mengambil peperiksaan ini.

Di sebabkan korang nak ambil exam online pembantu penguatkuasa gred kp 19, jadi aku nak kongsikan tugas-tugas bagi jawatan pembantu penguat kuasa ini ya.

 

pembantu penguat kuasa

Tugas Pembantu Penguat Kuasa

Apakah tugas pembantu penguat kuasa kp 19 ni?

  • Menolong dalam menjalankan operasi penguat kuasaan, penyediaan statistik penguat kuasaan, menyediakan rekod operasi dan pendakwaan, terlibat dengan saksi kes-kes pendakwaan dan kerja-kerja lain yang diarahkan oleh pihak atasan dari semasa ke semasa.

Sebelum menduduki peperiksaan ini, anda perlu melepasi beberapa syarat kelayakkan seperti berikut.

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) Warganegara Malaysia; dan

(b) Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

(c) Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan

d)
Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan pada Gred KP19 : RM1,360.00); atau

Bekas anggota polis atau tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Konstabel atau Prebet atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan memuaskan.

(Gaji permulaan pada Gred KP19 : RM1,360.00); atau
Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan pada Gred KP19 : RM1,416.40); atau
Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan pada Gred KP19 : RM1,472.80)

penolong penguat kuasa

(e) Dan memenuhi syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera berikut:

Ketinggian badan sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
Berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;

Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;

Mempunyai sekurang-kurangnya 79sm ukuran dada yang biasa dan 84sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);

Lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat;

Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.

SYARAT LANTIKAN BAGI BEKAS ANGGOTA POLIS ATAU TENTERA
Calon yang merupakan bekas anggota polis atau tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Konstabel atau Prebet atau yang setaraf dengannya hendaklah memenuhi syarat-syarat lantikan yang ditetapkan dalam perkara 2(a), 2(b), 2(d)(ii) dan 2(e) di atas.

Akhir sekali, kami ucapkan selamat maju jaya buat semua calon yang akan mengambil peperiksaan online pembantu penguat kuasa kp 19 ini. Jangan putus asa dan teruskan berusaha.

Group Telegram kami – https://t.me/panduantemudugaspa8i

Related Articles

0 0 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Back to top button
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x