Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pembantu Pustakawan S19

Contoh Soalan dan Tips Menjawab Ujian Psikometrik Pembantu Pustakawan S19. Anda merupakan salah seorang calon Ujian Psikometrik pembantu Pustakawan S19? Kalau ya, kami ucapkan tahniah kepada anda kerana berjaya sampai ke peperiksaan ini.

Bukan mudah untuk melepasi calon-calon hebat yang lain. Tetapi anda telah berjaya dan kami ucapkan tahniah kepada anda.
Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pembantu Pustakawan S19
Tarikh peperiksaan ini jangka akan berlangsung pada 25 Mac 2019 hingga 27 Mac 2019. Adakah anda sudah bersedia ?

Pengenalan Ujian Psikometrik 2019

Sebenarnya ujian ini telah diperkenalkan sejak tahun 2018 lagi. Jika sebelum ini, calon tertentu sahaja yang akan di panggil mengambilnya tetapi kini semua calon yang layak akan mengambil ujian ini.
Ya ! exam ini memang penting untuk menilai calon-calon yang bakal di serap ke jawatan yang di pohon. Jadi anda kena ambil serius dalam ujian ini.
Secara mudah, Ujian Psikometrik berkisar mengenai penilaian personaliti calon dari sudut kepimpinan, komunikasi, kerjasama, kestabilan emosi, integriti, disiplin dan kejujuran.
Salah jawab soalan, anda mungkin akan GAGAL.

Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pembantu Pustakawan S19

Kami kongsikan beberapa contoh soalan psikometrik kepada anda sebagai latihan. Ini bukan soalan bocor atau soalan exam ya. Ini hanya contoh soalan latihan untuk anda.
1. Dalam sebuah acara atau aktiviti, anda biasanya berbual dengan :
A. Ramai orang termasuk orang yang belum dikenali.
B. Segelintir orang yang sudah dikenali sahaja.
2. Di antara perkara yang kurang diterima ialah
A. Hidup tanpa arah tuju
B. Hidup seperti biasa
3. Anda lebih menumpukan pada orang yang
A. Waras fikiran (sensible)
B. Imaginatif
4. Anda lebih memberi perhatian kepada hal-ehwal yang
A. Memberi keyakinan
B. Memberi perasaan terharu
5. Anda lebih menggemari acara yang dimulakan dengan
A. Masa yang tepat
B. Secara santai
6. Semasa membuat penilaian, anda biasanya terpengaruh oleh
A. Undang-undang berbanding kondisi
B. Kondisi berbanding dengan undang-undang
7. Penulis sepatutnya menghasilkan artikel berdasarkan
A. Fakta dan isi yang benar
B. Analogi dan imaginasi rekaan
8. Dalam kelompok sosial anda, maklumat yang anda terima biasanya
A. Terima maklumat awal
B. Terima maklumat akhir
9. Fakta yang anda baca, terima dan dengar
A. Fakta yang benar
B. Fakta yang salah
10. Anda lebih gemar jika dikelaskan sebagai individu yang
A. Sabar
B. Mesra

Anda juga akan di soal soalan matematik. Jadi ini untuk anda cuba.

1. Berapakah jumlah hasil tambah semua nombor ganjil ditolakkan dengan hasil tambah semua nombor genap bagi nombor-nombor 21 hingga 29?
A. 25     C. 115
B. 35     D. 125
Jawapan : A
2. Berapa peratuskah daripada 6 liter bersamaan dengan 1.92 liter?
A. 0.32  C. 30.2
B. 3.2    D. 32
Jawapan : D
3. Antara nombor berikut yang manakah paling hampir kepada 7.5?
A. 7.055.   C. 7.005
B. 8.065    D. 8.005
Jawapan : A
4. (3,4,6,5,2,9,8,2,3,1) adalah satu set data. Apakah median data tersebut?
A. 2.0 C. 4.5
B. 3.5 D. 5.0
Jawapan : B
5. Berapakah baki apabila RM100, 795 dibahagi 8?
A. 0.3 C. 3
B. 0.4 D. 4
Jawapan : C
Macam mana dengan soalan-soalan di atas? Harapnya tak susahlah kan. hehe kalau susah, anda boleh dapatkan rujukan ujian psikometrik sebagai persediaan untuk anda menjawab peperiksaan nanti ya.

Rujukan ini telah bantu ramai calon ujian psikometrik untuk layak ke sesi temuduga !!

Ramai calon yang guna rujukan ini dan mereka berjaya ke sesi temuduga pula selepas itu. Jadi, sekarang giliran anda pula.
Bagi yang berminat, boleh dapatkan di sini – Contoh soalan ujian psikometrik
Akhir sekali kami ucapkan semoga berjaya kepada anda. Teruskan usaha dan jangan putus asa. Anda masih ada masa untuk membuat ulang kaji lagi ya. Jangan buang masa anda. Kami doakan anda berjaya.
Sekian.