Panduan

Cara Mohon I Citra KWSP 2021 (Julai)

Cara Mohon I Citra KWSP 2021 (Julai). Baru-baru ini, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin ada mengumumkan mengenai kebenaran untuk mengeluarkan duit caruman KWSP bagi sesi julai 2021. Ini berikutan pelanjutan tempoh PKP 3.0 yang dijangka berlarutan kepada beberapa bulan akan datang. Justeru, ini salah satu inisiatif bagi membantu rakyat selain memperkenalkan semual moratorium automatik untuk peminjam dalam kalangan rakyat Malaysia. I Citra sebelum ini lebih dikenali sebagai I Lestari yang mana telah membantu rakyat menyambung sumber kewangan mereka dalam situasi sukar sekarang ini. Untuk pengetahuan semua, permohonan i citra akan bermula pada 15 Julai 2021 ini dan berikut kami kongsikan cara mohon i citra kwsp untuk bulan julai 2021 ini.

 

cara mohon i citra kwsp 2021

Cara Mohon I Citra KWSP

Berikut di kongsikan langkah-langkah untuk mohon i citra kwsp yang perlu anda buat ya. Ikut langkah satu demi satu ya.  Pengeluaran i-Citra diperkenalkan untuk memberi kemudahan kewangan tambahan kepada ahli KWSP yang terkesan akibat PKP bagi memenuhi keperluan asas untuk kelangsungan hidup mereka.

 

1. Buka portal rasmi i-Citra – https://icitra.kwsp.gov.my/

2. Masukkan nombor Mykad / MyPR dan lain-lain

  • Pilih kod nombor telefon bimbit yang tersenarai.

4. Masukkan nombor telefon bimbit yang aktif.

5. Tekan butang TERUSKAN

6. Tunggu nombor OTP yang akan dihantar melalui SMS ke nombor telefon bimbit yang anda masukkan tadi.

7. Masukkan nombor OTP tersebut.

baca juga: Soalan psikometrik pegawai hidupan liar.

8. Tekan butang SAHKAN OTP

9. Jawab soalan keselamatan sekiranya tertera untuk pengesahan.

10. Setelah selesai pengesahan, anda boleh login akaun baru ke dalam sistem i-Citra.

11. Kemudian Amaun Pilihan, amaun kelayakan pengeluaran adalah sehingga maksimum RM 5,000.

12. Seterusnya Jadual bayaran. Bayaran yang ditetapkan adalah maksimum RM 1,000 sebulan atau tertakluk kepada baki simpanan anda.

13. Teruskan dengan melengkapkan Maklumat Permohonan

14. Kemudian lengkapkan Maklumat Pembayaran

15. Teruskan cara mohon i citra kwsp ini dengan menyemak Maklumat Permohonan & Pembayaran

Pastikan pilihan semua selesai
Klik hantar.

16. Pastikan keluar paparan yang tertulis “Terima Kasih <nama penuh>. Permohonan anda telah diterima. Status permohonan boleh disemak mulai <tarikh yang tertera>.

17. Tekan butang CETAK & SIMPAN untuk simpan rekod permohonan i-Citra anda.
18. Permohonan baru pengeluaran i-Citra tanpa i-Akaun kini sudah selesai.

Cara Mohon I Citra KWSP 2021 (Julai)

Siapakah yang boleh Mohon I Citra KWSP ni ?

Untuk pengetahun, i citra hanya boleh dipohon oleh Ahli KWSP yang berumur 55 tahun ke bawah, termasuk bukan warganegara dan pemastautin tetap dan Mempunyai jumlah simpanan sekurang-kurangnya RM150 dalam Akaun KWSP pada tarikh permohonan.

Semakan I Citra KWSP

Selepas membuat permohonan, pasti anda mahu buat semakan permohonan tersebut. Untuk buat semaka i citra kwsp, anda boleh melayari laman web icitra.kwsp.gov.my (akan aktif selepas 15 julai 2021 ) ini.  Setiap permohonan tertakluk kepada baki wang simpanan yang masih ada dalam akaun KWSP anda.

Itu sahaja yang anda perlu lakukan untuk membuat pengeluaran baki simpanan KWSP anda. Gunakanlah sebagai mungkin untuk kelangsungan hidup untuk bulan-bulan mendatang ya.

 

0 0 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Back to top button
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x