Tugas Penolong Pegawai Laut Gred A29

Bidang Tugas Penolong Pegawai Laut Gred A29. Salah satu daripada jawatan yang ditawarkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam(SPA) adalah Penolong pegawai laut. Anda nak tahu apa tugas penolong pegawai laut ?

Untuk pengetahuan anda, tidak lama lagi akan ada ujian psikometrik untuk calon-calon yang layak untuk jawatan ini. Jika anda salah seorang dari mereka, rujukan psikometrik ini akan membantu anda.

Bidang Tugas Penolong Pegawai Laut Gred A29

Bagi anda yang belum buat semakan sama ada anda layak atau tidak untuk sesi psikometrik tidak lama lagi, anda boleh membuat semakan menerusi pautan ini – Semakan ujian psikometrik penolong pegawai laut A29

Bidang Tugas Penolong Pegawai Laut

Setiap jawatan mempunyai tugas-tugas yang tersendiri. Berikut merupakan tugas bagi jawatan ini.

Deskripsi Tugas :
Bertanggungjawab membantu dalam menguruskan pendaftaran kapal, keselamatan kapal, keselamatan pelayaran, hal-ehwal pelaut dan pelabuhan, latihan teknikal maritim, projek-projek pembangunan serta membuat kajian dan penilaian terhadap konvensyen-konvensyen antarabangsa dan perundangan laut.

Kumpulan: Pelaksana

Kementrian/Jabatan: Jabatan Laut Semenanjung/ Sabah/Sarawak dan Jabatan Perikanan

Syarat Peningkatan Secara Lantikan


Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Laut adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Laut Gred A29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:


a) i. mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); dan
ii. lulus Peperiksaan Khas; dan


b) had umur pelantikan:
i.berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau


ii. berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau


iii. berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

BAYARAN GAJI

  • GAJI MINIMUM adalah RM1,794.00
  • GAJI MAKSIMUM adalah RM5,707.00
  • KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN adalah RM145.00

Akhir sekali, kami ucapkan selamat maju jaya sama ada dalam sesi ujian psikometrik akan datang atau dalam anda membuat keputusan untuk mencuba jawatan ini.

Semoga berjaya !

1
Leave a Reply

avatar
1 Comment threads
0 Thread replies
0 Followers
 
Most reacted comment
Hottest comment thread
0 Comment authors
Recent comment authors
  Subscribe  
newest oldest most voted
Notify of
trackback

[…] Soalan Ujian Psikometrik Penolong Pegawai Laut A29. Adakah anda terpilih untuk mengambil ujian psikometrik penolong pegawai laut yang akan […]