Gemuruh Ketika Temuduga : Ikut Cara ini untuk atasi masalah tersebut

Assalamualaikum korang, sihat ker ? dengar cerita dah kena panggil untuk temuduga ya. tahniah tau. bukan mudah nak kena panggil kan. baik kali ni aku nak cerita pasal masalah gemuruh ketika temuduga. aku tau korang ada masalah ni dan aku nak tolong bagi kaedah untuk korang atasi masalah korang ni.

Gemuruh Ketika Temuduga : Ikut Cara ini untuk atasi masalah tersebut

Faktor Gemuruh Ketika Temuduga 

Bila bercakap pasal gemuruh.
ni bukan lagu faizal tahir tau. haha

faktor utama yang menyebabkan kita gemuruh adalah kita terlalu fikirkan sesuatu diluar jangkaan kita.

” eh apa soalan temuduga nak tanya ni ? “

” aku pakai tudung warna ni okay ke tidak ? “

” aku tak study apa-apa ni, nak jawab macam mana ? “

dan pelbagai persoalan yang berlegar di minda korang.

aku pernah di temuduga, benda sama yang aku fikirkan macam korang.
hahaha

yang kedua adalah tak cukup persedian.

GILA! masuk dewan peperiksaan tanpa baca apa-apa sebelum itu.

itu gambaran bagi korang yang nak pergi temuduga.

tak tahu bidang tugas jawatan yang korang nak minta.
tak tahu pasal isu semasa.
tak tahu itu
tak tahu ini.

ingat ya, jawatan yang korang mohon tu, bukan milik keluarga korang.
jadi, nak tak nak , kena juga study sikit.

nak goreng boleh ke ?

boleh, tapi nak goreng pun kena ada minyak. kena ada ikan atau ayam. kena ada api.
kalau tak ada semua ni, jadi ke istillah goreng tu ?

hahaha fikirkan lah yer.

aku baru bagi dua faktor tu, hahaha korang nak lagi ke ?
nanti tak sempat pula nak kongsi cara atasi masalah korang tu kan.

Cara Atasi masalah Gemuruh 

bila ada masalah, cari jalan nak atasi bukan tinggalkan terus ya.

solusi untuk masalah pertama iaitu masalah terlalu banyak fikir benda yang belum jadi.
nak atasi masalah ini mudah jer, korang cuma perlu rilekskan minda korang. tenangkan fikiran korang. tarik nafas panjang-panjang dan tengok apa hasilnya.

tak jadi juga, korang fikirkan benda yang positif sahaja. sebagai contoh

” Penemuduga ni baik jer, dia tak marah-marah punya lah “

” dia tanya soalan yang aku tau jer ni “

” aku nak jawatan ni, biarlah dia nak gelakkan aku ke apa ke, yang penting dia kena bagi jawatan ini dekat aku “

Gemuruh Ketika Temuduga : Ikut Cara ini untuk atasi masalah tersebut

boleh tak macam ? aku yakin korang mesti boleh buat. cuba praktis banyak kali dan korang akan dapat hasilnya.

masalah kedua adalah tak buat persediaan.

bila tak buat persedian, nak jawab apa bila ditanya ketika temuduga ?
betul tak ?

sekarang ni, korang duduk rileks ,sambil tu korang google jawatan yang korang dapat untuk temuduga tu. baca dan faham kan tugasan yang ditawarkan.

jangan nak goreng sangat tau, sebab penemuduga tu pandai dari korang. hahaha

kalau tak tau ,cakap tak tau.
jangan sesekali tak baca langsung mngenai jawatan yang korang mohon tu ya.

bayangkan kau penemuduga,
orang datang nak temuduga tak tau pun apa tugas dia bila di berikan jawatan tu.

agak-agak korang nak bagi ke jawatan tu dekat dia ?
TAK , korang mesti tak mau tanggung risiko bila ambil pekerja macam ni kan.

jadi jangan buat dekat orang macam ni ya.

mudah jer nak study ni. baca dan fahamkan.
selesai masalah korang .

weh, aku tak tau macam mana temuduga ni ?
kalau tak tau, dapatkan panduan ni.
nanti korang akan dapat maklumat bagaimana temuduga berlangsung dan apa yang korang kena sediakan ya.

aku doakan korang berjaya dalam temuduga korang.
atasi masalah gemuruh tu secepat mungkin.
jangan jadikan benda tu sebagai penghalang untuk korang berjaya.
selamat berjaya !

Contoh Soalan Temuduga Kerajaan Untuk Anda

Contoh Soalan Temuduga Kerajaan. Assalamualaikum korang, baik kali ni aku nak buat ulang kaji mengenai contoh soalan yang ditanya dalam temuduga. aku yakin korang dah tahu, tapi kalau tak tahu ambil ni sebagai info tambahan untuk korang ya.

Masa pertama kali aku di temuduga, memang cuak nak mampos. hahaha tapi di sebabkan tak ramai, jadi hilang rasa cuak. orang yang jaga masa tu pun baik jer tak lah garang sangat.

Contoh Soalan Temuduga
Contoh Soalan Temuduga

antara soalan temuduga yang ditanya kepada aku adalah .

1. perkenalkan diri. masa ni korang perkenalkan diri macam biasa. tak perlu meleret. ceritakan semuanya tentang korang. tak perlu sampai nama anak dan sebagainya. lebih fokus kepada kerjaya korang dan pencapaian korang.

2. Kelebihan korang. ada satu tu aku terkena untuk buat pengucapan awam ketika temuduga. hahaha aku dah lah tak pandai, tapi aku belasah jugalah . dapatlah dalam 2 atau 3 minit. hahaha jangan jadi macam aku tau.

tapi still dapat shortlist untuk jawatan tu. hehehe

3. Jawatan yang di pohon. ingat satu benda.

jangan hafal apa yang ada di internet. kalau nak hafal pun mesti baca secara deteail dan mendalam. sebab penemuduga akan tahu kau cari info dekat mana. aku kena dah . dia cakap ‘ dapat maklumat dari internet sahaja ke ? ‘ haha terdiam aku masa tu.

ngaku jerlah masa tu kan.

4. Isu semasa. korang boleh dapatkan isu semasa terkini di entri isu semasa 2017.

5. apa dasar baru yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan . kena baca dan fahamkan tau.

Akhir sekali, kalau korang perlukan bantuan untuk temuduga, dapatkan rahsia lulus temuduga kerajaan dekat bawah ni. insyaallah ia mampu membantu korang.

dapatkan di sini – panduan temuduga

jangan putus asa, teruskan usaha. ini masa korang untuk berjaya. senyum dan terus melangkah. aku doakan korang berjaya. aamiiin .

Etika Pakaian Ketika Temuduga

Assalamualaikum, kali ini kita sembang pula mengenai pakaian untuk ke temuduga. macam kita semua dah tahu, nak pergi ke temuduga perlulah berpakaian kemas dan sejuk mata memandang.

sejuk tu, bukan macam duduk dalam peti ais ataupun dalam tempat ice di ICT yang dekat selangor tu. bukan yer…

sejuk dalam erti kata sedap mata memandang. haa gitulah.

tapi persoalannya sekarang nak pakai apa pergi ke temuduga?

Etika Pakaian Ketika Temuduga

Kita pisahkan kepada dua, satu etika pemakaian untuk lelaki dan kemudian kita sembang pula mengenai pakaian untuk temuduga bagi perempuan.

Lelaki

Seperti biasa, anda kena berpakaian formal. Baju kemeja, tali leher, seluar slack , tali pinggang, kasut kulit dan berstokin. pastikan korang lengkap berpakaian macam ini. kalau tidak anda mungkin ada masalah semasa temuduga nanti.

tak semestinya semua kena baru, kalau ada masalah kewangan, cukuplah sekadar benda ini ada dan kelihatan elok dan kemas.

nak kacak, pakai macam mamat bawah ni .

Etika Pakaian Ketika Temuduga

Perempuan

Untuk perempuan pula, pakaian korang kena kemas, cantik dan TAK SEKSI . kalau selesa, lebih baik pakai baju kurung sahaja. masa aku pergi temuduga , semua pakai baju kurung ja. tak kira dia melayu atau bukan melayu.

Boleh guna rujukan seperti dalam gambar di bawah

Etika Pakaian Ketika Temuduga
Etika Pakaian Ketika Temuduga

**gambar sumber google .

cadangan aku untuk pakaian lelaki dan perempuan ke temuduga ini lebih baik semak sama ada dimaklumkan dalam email untuk ke temuduga atau tidak. aku risau ada pakaian khusus untuk temuduga tersebut. kalau tak ada, boleh guna panduan yang aku kongsikan.

untuk lelaki aku rasa tak ada masalah kan. hehehe

Semoga korang dapat menjawab soalan temuduga dengan baik dan power.

kalau masih takut-takut ke, korang boleh dapatkan maklumat mengenai rahsia lulus temuduga melalui pautan di bawah.

dapatkan di sini – rahsia lulus temuduga .

panduan ini sebagai pemberi semangat untuk korang yang tengah gabra gila tu. hahaha ada beberapa tips yang turut di kongsikan dalam panduan tersebut. kalau korang tak mau gagal, buat persedian seawal dan sebaik mungkin.

mana tau rezeki korang kali inikan. boleh lah belanja mak ayah dan adik beradik lain lepas dah lulus kan. semoga berjaya tau ! hehe