PANDUAN BUAT RESUME SENDIRI UNTUK TEMUDUGA KERAJAAN & SWASTA !

PANDUAN BUAT RESUME SENDIRI UNTUK TEMUDUGA KERAJAAN & SWASTA !

Bismillahirahmanirrahim , Assalamualaikum , lama juga aku tak masuk ke blog ni untuk berkongsi berkaitan dengan temuduga kerajaan dan swasta. sebagai perkongsian, kali ini kita belajar PANDUAN BUAT RESUME SENDIRI UNTUK TEMUDUGA KERAJAAN & SWASTA !
Dalam resume, kita perlu ada beberapa perkara penting .
1. Ringkasan maklumat diri beserta gambar .
2. background study 
3.Pencapaian .
ini basic 3 perkara yang perlu ada , yang lain terpulang kepada syarikat yang anda mohon kerja tu. Ada syarikat sudah senaraikan apa yang perlu ada dalam resume tersebut , jadi korang follow sahaja . kalau tak diberikan, boleh guna panduan ini .
PANDUAN BUAT RESUME SENDIRI UNTUK TEMUDUGA KERAJAAN & SWASTA !

Macam mana nak buat resume ,tak tahu nak edit macam mana ?

Soalan yang selalu di tanya sebab tak pandai nak edit pakai photoshop dan sebagainya . mudah jer, korang pernah tengok iklan di facebook mengenai resume yang di jual . korang boleh beli dari situ. korang hanya perlu edit dengan gunakan microsoft word sahaja . Mudah sangat .

Kalau pandai edit pakai photoshop ,

Gunalah photoshop, korang boleh edit dengan menjadikan ia lebih menarik untuk di baca oleh penemuduga nanti .
Masukkan maklumat yang aku kongsikan dekat atas insyaallah akan memudahkan korang buat resume sendiri .
Kalau anda nak tahu, ramai yang tak lulus permohonan kerja di sebabkan oleh kesilapan membuat resume. Dapatkan rahsia resume kerja untuk memastikan anda tidak tergolong dalam golongan yang buat salah ketika hantar resume.
Bagi yang ingin dapatkan maklumat terkini berkenaan temuduga kerajaan , cara handle temu duga kerajaan dan swasta . boleh dapatkan Rahsia Temuduga di pautan ini – Rahsia lulus temuduga kerajaan .
Korang kalau ada masalah apa-apa, bagi tau ya di ruangan komen , insyaallah aku akan cuba membantu korang . jangan lemah semangat dan nervous ! hehe
Sekian .

PANDUAN TEMUDUGA KERAJAAN 2017 !

PANDUAN TEMUDUGA KERAJAAN 2017 !

PANDUAN TEMUDUGA KERAJAAN 2017 ! • Ya, aku tahu , aku jarang update blog ni . hehe

Sebenarnya, bukan mudah untuk mengekalkan seseorang dengan blog miliknya . tapi aku cuba untuk istiqamah dalam penulisan-penulisan ilmiah ini . baik, kali ini aku nak ceritakan sedikit panduan kepada anda mengenai panduan temuduga kerajaan 2017 .

Apa yang penting dalam temuduga adalah resume dan kebolehan bercakap dan menjawab soalan yang di tanyakan ketika temu duga . aku pernah di tanya mengenai isu-isu semasa dan di kaitkan dengan jawatan yang aku pohon .

masa tu terkejut juga, macam mana aku nak jawab ni . aku pun mulakan dengan beberapa perkataan dan tiba-tiba blank. tak boleh nak tunggu lama, aku cepat-cepat minta maaf sebab aku tak boleh jawab soalan tersebut .

Jangan risau penemuduga akan faham dengan korang. Nervous dan gementar itu normal . di luar bilik tu ramai lagi dok tunggu dan nervous depa lagi tinggi dari kita yang di dalam bilik tu kan.

Aku tekankan mengenai isu semasa agar korang sentiasa study mengenai nya. memang satu soalan atau dua soalan sahaja di tanya ,tetapi itu antara soalan paling susah untuk di jawab . kalau korang boleh jawab itu di kira bonus untuk korang .

Yang kedua pasal resume , tulis seelok dan sebaik mungkin mengenai korang dalam resume itu . ada perkara yang patut letak atau tidak patut letak kena korang ambil tahu . Kalau boleh gunakan resume terkini yang lebih memudahkan bacaan orang penemuduga .

Sewaktu aku di temu duga hari tu, aku ingat penemuduga aku tu tak baca resume dan terus tanya soalan.sebenarnya mereka lihat dulu resume tanpa korang tahu . yelah kan kita tengah nervous mana ada masa nak ambil tahu diorang tengah baca atau tidak kan . hehe

jadi, bagi aku dua benda ini akan menjadi panduan temuduga kerajaan untuk korang yang mencarinya . Kalau yang kali pertama di temu duga, tolong jangan nervous sangat dan rileks sahaja . penemuduga tak makan orang . hehehe

Semoga pembacaan korang mengenai PANDUAN TEMUDUGA KERAJAAN 2017 ! membantu kalian untuk berjaya dalam temuduga nanti . teruskan membaca maklumat dalam blog ini dan aku harap sangat ia membantu kalian .

Sekian .